Friday 15 January 2016

TAHAP PERKEMBANGAN


ini adalah antara kebaikan yang bakal diperolehi daripada permainan ini. setiap apa yang dilakukan sudah pasti ada kebaikannya.

antara kebaikannya adalah:
  • TAHAP PERKEMBANGAN KOGNITIF
               hal ini adalah kerana semasa kanak-kanak melakukan aktiviti ini, kanak kanak akan mula berfikir bunyi haiwan yang akan dibunyikan. perkara ini akan dapat meningkatkan daya pemikiran kanak-kanak ketika itu. bukan sahaja dengan berfikir untuk mengetahui bunyi haiwan sahaja, tetapi juga untuk berfikir melompat mengikut urutan yang betul

  • TAHAP PERKEMBANGAN FIZIKAL
perkara ini dapat dibekalkan kerana kanak-kanak telah mula belajar melompat dengan betul, melompat mengikut urutan yang betul. kanak kanak juga dapat mengimbangkan diri dengan berdiri dengan menggunakan sebelah kaki sahaja ketika hendak melompat ke satu tapak ke tapak yang lain dan ketika hendak memusingkan badan apabila hendak mengambil biji/gundu mereka. permainan ini telah mengajar kanak kanak cara mengimbangkan diri mereka dengan menggunakan sebelah kaki sahaja.

  • TAHAP PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI
Hal ini dapat diterbitkan semasa kanak-kanak main permainan ini. kanak-kanak akan mula rasa seronok apabila bermain permainan ini dan tidak akan berhenti bermain sehinggalah mereka dapat membina rumah di seluruh gelangang tersebut. akitiviti ini juga menggunakan pergerakkan, oleh itu kanak kan ak tidak akan merasa bosan untuk bermain

  • TAHAP PERKEMBANGAN BAHASA
perkara ini dapat ditunjukkan ketika kanak-kanak menyebut nama haiwan itu sendiri. pelbagai jenis haiwan  berada di gelanggang tersebut.  kanak-kanak dapat mengenali haiwan dan menyebut nama haiwan itu dengan betul .





No comments:

Post a Comment