GELANGGANG :
Gelanggang teng teng hanya dilukiskan petak-petak di atas tanah sahaja. Terdapat pelbagai jenis bentuk gelanggang teng-teng dengan jumlah petak yang berlainan. Ada gelanggang atau petak teng-teng yang terdiri daripada sembilan petak-petak kosong bagi satu gelanggang. Dan ada juga yang terdiri daripada lapan petak-petak kosong. Dan ia juga terdiri daripada kreativiti sendiri untuk membina seberapa banyak kotak yang ingin digunakan Dalam tugasan ini, kami akan nyatakan cara permainan teng-teng yang menggunakan lapan petak.
CONTOH GELANGGANG 8 KOTAK |
CONTOH GELANGGANG 9 KOTAK |
GELANGGANG YANG MENGIKUT KREATIVTI SENDIRI |
TAPAK GELANGGANG YANG BIASA DIGUNAKAN
GUNDU / BUAH :
Selain daripada gelanggang, gundu adalah juga sebagai perkakasan penting yang dimainkan bersama. Gundu atau buah ialah objek berbentuk leper sebesar separuh tapak tangan yang diperbuat daripada apa sahaja, seperti pecahan pinggan, kepingan besi atau batu yang leper.
Setiap pemain perlu ada gundu ini. Gundu ini adalah sebagai tanda bagi para pemain untuk mengerakkan kedudukan mereka di petak-petak gelangang.
GUNDU/BUAH YANG MENENTUKAN DIMANA TAPAK YANG SETERUSNYA |
GUNDU ATAU BUAH YANG BOLEH DIGUNAKAN
UNDIAN :
Sebelum permainan dimulakan, undian dijalankan bagi menentukan pemain yang mana harus memulakan permainan terlebih dahulu. Lai lai li tam plong adalah kaedah bagi menentukan pemain pertama, kedua, ketiga dan seterusnya.
Namun, ada juaga undian yang dibuat dengan memilih batang ranting atau lidi. Pemain dengan batang terpanjang bermain dahulu, dan yang terpendek terkemudian.
hal yang demikian adalah cara mengundi cara tradisonal. dan mengkut kreativiti sendiri untuk mengundinya dengan cara yang kita suka.
CARA BERMAIN TENG TENG TRADISONAL
MEMBINA RUMAH :
Pemain yang telah berjaya mencapai buah/gundu di petak semi-D, maka dia boleh membuat balingan buah secara membelakangkan gelanggang. Jika buah jatuh pada petak yang kosong, dan bukan rumah, maka petak itu dikira rumah. Rumah ditandakan dengan corak atau garisan tertentu. Sekiranya buah jatuh terkena garisan atau terkeluar maka ia dikira mati. Setiap pemain hendaklah memijak dengan kedua belah kaki di petak rumah dan pemain lain tidak dibenarkan berbuat demikian. Sekiranya pemain lain memijaknya atau tuan rumah lupa memijak dengan kedua belah kakinya ia dikira mati.
PEMENANG :
Pemenang adalah pemain yang memperoleh rumah terbanyak.
MATI /HILANG GILIRAN :
Pemain dikira mati (giliran) jika :> Buah yang dilontar terkena garisan petak
> Kaki terpijak garisan petak
> Buah yang dilontar tidak masuk ke dalam petak yang sepatutnya
> Pemain menukar kaki sewaktu giliran
> Pemain terlupa pijak dua belah kaki serentak ke dalam sayap,iaitu kiri di petak sayap kiri dan kaki kanan dalam sayap petak kanan
> Pemain tidak dapat mencapai buah sewaktu mencari buah di dalam petak semi-D
> Pemain tidak memijak 2 kaki serentak dalam petak rumahnya
> Pemain memijak kaki ke rumah pemain lawan.
DAN INI ADALAH HASIL DARIPADA PERMAINAN TENG TENG TRADISONAL
No comments:
Post a Comment