Tuesday 29 December 2015

ASAL USUL PERMAINAN INI YANG SEBENARNYA




ASAL USUL PERMAINAN TENG TENG

Permainan Teng-Teng, atau juga dikenali sebagai Ketinting ialah permainan yang selalunya dimain oleh kanak-kanak perempuan. Ini kerana, teng-teng tidak begitu lasak walaupun ia menggunakan tenaga yang banyak. Teng-teng juga tidak memerlukan daerah yang besar.








Teng-teng dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak dimana ada dua hingga empat orang didalam sebuah gelanggang. Ini kerana, tiada peraturan yang tetap untuk jumlah orang di dalam satu gelanggang. Tetapi, jika terdapat empat pemain didalam satu gelanggang, ia akan mendatangkan kesukaran untuk setiap pemain untuk berteng-teng.

Gelanggang teng-teng ialah lukisan petak-petak di atas tanah. Terdapat sembilan petak-petak di dalam satu gelanggan. Selain gelanggan, pemain juga perlu gundu. Gundu ialah satu objek yang menandakan kedudukan mereka di petak-petak gelanggang. 

Teng teng dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak terdiri daripada dua hingga empat orang setiap gelanggang. tiada peraturan tetap dengan jumlah pemain bagi setiap gelanggang. sekiranya melebihi dari empat orang pemain dalam satu gelanggang, ianya akan mendatangkan kesukaran bagi setiap pemain untuk berteng teng.




TENG TENG TRADISIONAL SEBELUM DIUBAHKAN KEPADA KIDS JUM KIDS!



GELANGGANG :


Gelanggang teng teng hanya dilukiskan petak-petak di atas tanah sahaja. Terdapat pelbagai jenis bentuk gelanggang teng-teng dengan jumlah petak yang berlainan.  Ada gelanggang atau petak teng-teng yang terdiri daripada  sembilan petak-petak kosong bagi satu gelanggang. Dan ada juga yang terdiri daripada lapan petak-petak kosong. Dan ia juga terdiri daripada kreativiti sendiri untuk membina seberapa banyak kotak yang ingin digunakan Dalam tugasan ini, kami akan nyatakan cara permainan teng-teng yang menggunakan lapan petak. 


CONTOH GELANGGANG 8 KOTAK

CONTOH GELANGGANG 9 KOTAK
GELANGGANG YANG MENGIKUT KREATIVTI SENDIRI




 TAPAK GELANGGANG YANG BIASA DIGUNAKAN








GUNDU / BUAH :


Selain daripada gelanggang, gundu adalah juga sebagai perkakasan penting yang dimainkan bersama. Gundu atau buah ialah objek berbentuk leper sebesar separuh tapak tangan yang diperbuat daripada apa sahaja, seperti pecahan pinggan, kepingan besi atau batu yang leper.

Setiap pemain perlu ada gundu ini.  Gundu ini adalah sebagai tanda bagi para pemain untuk mengerakkan kedudukan mereka di petak-petak gelangang.

GUNDU/BUAH YANG MENENTUKAN DIMANA TAPAK YANG SETERUSNYA




                               GUNDU ATAU BUAH YANG BOLEH DIGUNAKAN

BIJI CARROM 

BATU KECIL

BIJI GETAH



UNDIAN :


Sebelum permainan dimulakan, undian dijalankan bagi menentukan pemain yang mana harus memulakan permainan terlebih dahulu. Lai lai li tam plong adalah kaedah bagi menentukan pemain pertama, kedua, ketiga dan seterusnya.

Namun, ada juaga undian yang dibuat dengan memilih batang ranting atau lidi. Pemain dengan batang terpanjang bermain dahulu, dan yang terpendek terkemudian.
hal yang demikian adalah cara mengundi cara tradisonal. dan mengkut kreativiti sendiri untuk mengundinya dengan cara yang kita suka.


CARA BERMAIN TENG TENG TRADISONAL





MEMBINA RUMAH :

Pemain yang telah berjaya mencapai buah/gundu di petak semi-D, maka dia boleh membuat balingan buah secara membelakangkan gelanggang. Jika buah jatuh pada petak yang kosong, dan bukan rumah, maka petak itu dikira rumah. Rumah ditandakan dengan corak atau garisan tertentu. Sekiranya buah jatuh terkena garisan atau terkeluar maka ia dikira mati. Setiap pemain hendaklah memijak dengan kedua belah kaki di petak rumah dan pemain lain tidak dibenarkan berbuat demikian. Sekiranya pemain lain memijaknya atau tuan rumah lupa memijak dengan kedua belah kakinya ia dikira mati.


PEMENANG :

            Pemenang adalah pemain yang memperoleh rumah terbanyak.


MATI /HILANG GILIRAN :

Pemain dikira mati (giliran) jika :> Buah yang dilontar terkena garisan petak
> Kaki terpijak garisan petak
> Buah yang dilontar tidak masuk ke dalam petak yang sepatutnya
> Pemain menukar kaki sewaktu giliran
> Pemain terlupa pijak dua belah kaki serentak ke dalam sayap,iaitu kiri di petak sayap kiri dan kaki kanan dalam sayap petak kanan
> Pemain tidak dapat mencapai buah sewaktu mencari buah di dalam petak semi-D
> Pemain tidak memijak 2 kaki serentak dalam petak rumahnya
> Pemain memijak kaki ke rumah pemain lawan.



DAN INI ADALAH HASIL DARIPADA PERMAINAN TENG TENG TRADISONAL

KIDS JUMP KIDS !

setelah diceritakan permainan teng teng versi tradisonal, disini kami telah memperbeharui atau menciptakan sesuatu idea mengikut kaedah yang sama daripada permainan teng teng ini,
kami memperbahruinya untuk menjadikannya lebih menyeronokkan dan dapat meningkatkan ilmu pengetahuan kanak-kanak dan sebagainya.
dipendekkan cerita, permainan teng teng versi tradisional cumalah melompat ke tapak dan tapak yang seterusnya. tetapi kami telah memodenkannya kepada sesautu yang dapat menajamkan minda kanak-kanak
kami telah memperbaharuinya melalui tema haiwan. tidak sahaja mempunyai nombor yang mengikut giliran untuk melompat, malah kami telah menambahnya kepada bentuk bentuk haiwan yang senang dijumpai, bukan memperbaharui gelanggangnya menjadi bentuk haiwan, tetapi menambah gambar kepada gelanggang tersebut.

gambar-gambar tersebut digunkan pada ruang-ruang  kosong pada gelanggang permainan ini. besertakan nombor yang telah ditetapkan, kami meletakkan gambar pada sebelah nombor tersebut.

fungsi gambar haiwan itu diletakkan adalah untuk kanak-kanak itu membuat gaya dan bunyi haiwan tersebut dimana  buah/gundu tersebut berada.